Anda boleh mencari Tag Pemain unik anda sendiri dengan mengetik pada nama anda dalam pangkalan utama anda! Inilah kegunaan tag:
1) Kehilangan Akaun: Sekiranya anda kehilangan akses pada akaun anda dan memerlukan bantuan mendapatkan semula akaun itu, prosesnya menjadi lebih cepat jika anda tahu tag anda! Kami mengesyorkan anda mengambil tangkapan skrin tag anda supaya anda akan bersedia jika berlaku apa-apa.
2) Komander Jahat: Walaupun kami menggunakan penapis bahasa, sistem sekatan dan tindakan klien Pentadbir untuk meminimumkan kelakuan tidak baik, sesetengah pemain dapat mengelakkan semua ini serta merosakkan suasana permainan. Jadi, jika anda terjumpa pemain yang tidak mematuhi peraturan atau bersikap biadap terhadap pemain lain, pastikan anda menyertakan tangkapan skrin tag pemain itu dalam laporan anda untuk membantu kami mengenal pasti pengguna itu (lawati pangkalan mereka, ketik nama mereka untuk menunjukkan tag, ambil tangkapan skrin).