Sebaik sahaja anda telah menyertai atau menubuhkan Pasukan Petugas anda sendiri, askar anda boleh mula mengumpul risikan dari pertempuran menentang pangkalan Pengawal Hitam. Mereka mungkin tidak menemui risikan di setiap pangkalan musuh tetapi jangan putus asa, teruskan menyerang!
Macam mana mendapat risikan:
- Menyerang pangkalan Pengawal Hitam di Kepulauan ( juga dari serangan militia)
- Mempertahankan pangkalan anda dari serangan
- Dari peti sumber
- Dari bot rampasan harian
Risikan membenarkan anda menjalankan operasi rahsia. Perlu diingat risikan yang anda kumpulkan sentiasa disumbangkan kepada Pasukan Petugas anda. Sekiranya anda meninggalkan Pasukan Petugas, anda tidak membawa risikan bersama anda. Risikan sentiasa kekal bersama Pasukan Petugas tempat ia disumbangkan.
Terdapat haduntuk bilangan risikan yang boleh dikumpul oleh setiap saiz Pasukan Petugas:
- 5 ahli = 250
- 10 ahli = 400
- 25 ahli = 600
- 50 ahli = 1000
Risikan Pasukan Petugas, serta Risikan yang disumbangkan secara individu oleh pemain tertentu boleh dilihat daripada skrin “Pasukan Petugas Saya”.
Risikan yang dikumpul oleh setiap ahli ditunjukkan di sebelah nama mereka dan kiraan ditetapkan semula setiap minggu.