Berada dalam Pasukan Petugas membolehkan anda menjalankan operasi secara bekerjasama menentang Pengawal Hitam dan memenangi ganjaran hebat. Pasukan Petugas dibuka kunci di Ibu Pejabat Tahap 6. Anda boleh sama ada mencipta Pasukan Petugas anda sendiri atau menyertai yang sedia ada.
Pasukan Petugas terdiri dari 4 saiz berbeza, iaitu: 5, 10, 25 dan 50 ahli. Semasa mencipta Pasukan Petugas, anda mesti memilih saiz untuk bermula. Namun jangan bimbang, anda sentiasa boleh menaik taraf untuk memuatkan lebih ramai ahli kemudian. Perlu diingat, anda hanya boleh mencipta satu Pasukan Petugas setiap minggu.
Sila ambil perhatian:anda boleh menukar penerangan Pasukan Petugas anda nanti, tetapi BUKAN namanya. Jadi pilih dengan bijak.
Anda boleh mencipta dan mengedit lencana Pasukan Petugas anda sendiri dalam skrin edit.
Pasukan Petugas boleh menjadi sama ada
- terbuka untuk disertai oleh sesiapa
- sertai melalui permintaan
- atau tertutup
Jika Pasukan Petugas anda tertutup, tiada sesiapa akan dapat menghantar permintaan untuk menyertai kepada anda. Dalam halaman edit anda juga boleh menetapkan syarat Mata Kemenangan minimum. Ini akan membantu anda memastikan hanya ahli dengan tahap pengalaman tertentu boleh meminta untuk menyertai.
Anda boleh melakukan operasi bersama-sama Pasukan Petugas anda dan mengumpul sebanyak mungkin Mata Pasukan untuk mendaki papan pendahulu. Walau bagaimanapun setiap ahli hanya boleh melancarkan satu serangan, jadi gunakan log bual untuk merancang strategi anda dengan teliti!