Skip to content

Boom Beach-Bagaimanakah saya memulakan Operasi Pasukan Petugas?-[Boom Beach Malay]

Anda mesti mengumpulkan risikan yang mencukupi untuk memulakan operasi terhadap Pangkalan Kuasa.
Anda boleh mendapatkan risikan dari
  • serangan terhadap pangkalan Pengawal Hitam di Kepulauan (juga dari serangan militia)
  • mempertahankan pangkalan anda daripada serangan
  • peti sumber
  • bot ganjaran harian

Risikan yang dikumpulkan menyumbang kepada kiraan risikan keseluruhan Pasukan Petugas.

Selepas memasuki peta operasi, anda akan nampak pelbagai sasaran operasi. Disenaraikan di sebelah nama operasi, anda akan nampak risikan yang diperlukanuntuk memulakan operasi, dan Mata Pasukan yang mungkin diperolehi daripada operasi. Terdapat juga petunjuk dari “terlalu mudah ke tidak mungkin” yang memberi anda idea kesukaran setiap operasi.

Lebih jauh ke kanan anda menatal pada peta, lebih susah dan mahal operasi itu.
Selepas anda telah memulakan Operasi, anda akan melihat beberapa Pangkalan Kuasa. Tinjau pangkalan itu untuk merancang serangan anda. Setiap ahli cuma mendapat satu serangan.Jadi perancangan ialah segala-galanya!
Gunakan bual untuk mengatur strategi dengan komrad anda atau tinggalkan nota di setiap Pangkalan Kuasa. Ini akan meningkatkan peluang anda untuk menang dengan ketara.
Setiap bangunan yang dimusnahkan akan memberikan anda satu Mata Pasukan.Sasaran utamanya ialah Teras Kuasa – sebaik sahaja ia dimusnahkan, semua bangunan akan runtuh, memberikan anda jumlah Mata Pasukan maksimum yang tersedia untuk operasi itu.
Panjang setiap operasi adalah 23 jam dan 55 minit – walaupun anda memusnahkan semua Pangkalan Kuasa sebelum itu.
Sekiranya anda gagal memusnahkan Teras Kuasa, anda akan tetap menyimpan mata pasukan yang telah dikumpulkan dengan memusnahkan bangunan lain.