Boom Beach mempunyai penapis bahasa kesat pilihan yang menghalang penggunaan perkataan kasar atau lucah dalam bual Pasukan Petugas.
Ketua dan Pembantu Ketua Pasukan Petugas boleh menghidupkan atau mematikan penapis itu dalam halaman tetapan Pasukan Petugas. Apabila penapis dihidupkan, ia akan menggunakan asterisk untuk menggantikan kata-kata kasar itu.
Ambil perhatian juga bahawa penapis tidak berfungsi secara retrospektif, jadi jika sesuatu yang menyakitkan hati diluahkan ketika penapis dimatikan, kata-kata ini tidak akan digantikan dengan simbol bintang apabila penapis dihidupkan. Jika ini berlaku, Pegawai dan Ketua boleh menyembunyikan (dan memunculkan kembali) mesej menyinggung perasaan itu di dalam ruang bual.
Dalam sesetengah kes, penapis bahasa kesat boleh menjadi agresif, malah meletakkan simbol bintang pada ungkapan yang tidak salah. Kami akan cuba memperbaiki perkara ini untuk mencari perkataan yang tidak menyenangkan sahaja.