Skip to content

Boom Beach-Saintis gila Dr. T-[Boom Beach Malay]

Kebanyakan masa Dr. T dihabiskan dengan menjalankan eksperimen jahat dan bersiar-siar di tepi pantai tetapi dia juga gemar menyerang Kepulauan untuk menimbulkan rasa gentar di kalangan penduduk pulau.
Anda akan membuka kunci acara berulangnya dengan memusnahkan Bos Dr. T iaitu “Pulau Dr. T” dan “Pulau Volkano Dr. T”.
Acara Dr. T ialah sumber yang bagus untuk mendapatkan Batu Kuasa Kejahatan dan Sumber. Mereka tidak memberikan anda Mata Kemenangan.
Setiap acara mengandungi beberapa peringkat – sekiranya anda berjaya dalam sesuatu peringkat, satu pangkalan Dr. T yang telah dinaik taraf akan muncul di tempatnya. Setiap peringkat baharu akan meningkatkan tahap kesukaran tetapi juga dipenuhi dengan lebih banyak barang rampasan.