Skip to content

Boom Beach-Saya telah menerima bil untuk pembelian yang saya tidak lakukan. Apakah yang perlu saya lakukan jika saya mengesyaki aktiviti penipuan?-[Boom Beach Malay]

Jika anda atau anak anda tidak pernah bermain salah satu permainan kami, tetapi mengesyaki bahawa tedapat aktiviti transaksi penipuan dalam akaun anda, maka anda perlu segera menghubungi Apple (untuk peranti iOS) atau Google (untuk peranti Android), yang mengawal proses transaksi.
Untuk peranti Apple (iOS):
Lawati sokongan Apple dan pilih pautan “Hubungi kedai sokongan iTunes”, kemudian “Pembelian, pengebilan dan penebusan” dan pilih pilihan yang sesuai dengan anda.
Untuk peranti Google (Android):
Lawati sokongan Google dan lakukan carian, atau gunakan butang ‘Hubungi kami’ di halaman (tapak Bahasa Inggeris sahaja) untuk berhubung dengan wakil sokongan pelanggan Google melalui e-mel atau telefon.
Jika anda telah menghubungi Apple atau Google mengenai aktiviti penipuan yang disyaki dan mereka telah menghantar anda kepada kami, sila hubungi kami di transactions@supercell.com. Pastikan untuk menyertakan maklumat khusus seperti perkara yang berlaku dan masa kejadian, resit ID transaksi, tangkapan skrin yang berkaitan, dll.
Serta, pastikan anda membaca bahagian Isu Penipuan kami untuk maklumat lanjut mengenai aktiviti penipuan yang disyaki.