Skip to content

Brawl Stars – Arena Bintang – Mendapat Mata

Dalam Arena Bintang, mata diberikan dan bukannya trofi. Dalam permainan 3v3. anda mendapat 30 mata untuk kemenangan, 10 mata untuk seri dan 5 mata untuk kekalahan. Untuk acara 10 pemain dalam Showdown Solo, Perjuangan dan Bintang Sendirian, pengagihan mata akan memberikan tempat pertama sebanyak 38 mata maksimum. Showdown Duo akan berfungsi dengan cara yang sama dan memberikan maksimum 34 mata untuk kedudukan tempat pertama.

Kemenangan Epik

Untuk menggalakkan permainan bertahap tinggi yang konsisten, setiap mod permainan akan memberikan mata bonus kerana mencapai syarat bagi Kemenangan Epik! 

Untuk mencapai Kemenangan Epik, anda mesti menang dengan syarat berikut.

Rebut Permata

Menang permainan sebelum permata ke-15 muncul

Rompakan

Menang dengan baki nilai nyawa 80% atau lebih pada peti keselamatan sendiri

Pengepungan

Menang dengan baki nilai nyawa 80% atau lebih pada turet IKE sendiri

Bola Brawl

menang 2-0

Buruan

Menang dengan perbezaan skor 10 Bintang atau lebih