Skip to content

Brawl Stars – Saya tidak mendapat pesanan saya!

Biasanya pesanan akan dihantar serta-merta, tetapi mungkin mengambil masa. Apabila berlakunya kelewatan sebegini, maksudnya pembelian masih diproses. Anda tidak perlu cuba membeli pek yang sama sekali lagi – Ia sepatutnya akan tiba tak lama lagi!

Jika anda masih belum menerima pembelian yang dibuat lebih dari 24 jam lalu, sila hubungi sokongan iTunes. Semua pembayaran yang dibuat terhadap permainan adalah diproses oleh Apple. Anda boleh menghubungi mereka di sini (dalam Bahasa Inggeris).

Jika pembelian anda dibuat melalui Google dan anda masih belum menerima pesanan anda selepas lebih daripada 24 jam, sila hubungi kami bersama tangkapan skrin resit pesanan anda. ID transaksi (seperti ini – GPA.1234-1234-1234-12345) berada di sebelah bawah dokumen mestilah jelas kelihatan dalam tangkapan skrin.

Langganan tidak dijumpai?

Dalam hal di mana anda tidak jumpai langganan yang telah anda beli di dalam permainan, cuba langkah-langkah berikut mengikut turutan sehingga masalah anda diselesaikan:

  • Pastikan anda dilog masuk ke dalam stor aplikasi anda (cth: Google Play, App Store iOS) dengan akaun sama yang anda gunakan untuk membuat pembelian.
  • Log keluar dan log masuk sekali lagi dengan akaun yang anda gunakan untuk membuat pembelian.
  • Tunggu untuk 24 jam lagi sebab ada kalanya pembaharuan langganan ditunda atas sebab-sebab yang tidak diketahui.
  • Jika langkah-langkah ini tidak dapat membantu, sila hubungi kami bersama tangkapan skrin resit pembelian langganan anda.

    Kami memohon maaf atas kesulitan ini. Sila maklumkan kami jika ada apa-apa lagi yang boleh kami bantu.