Jika anda atau anak anda tidak pernah bermain salah satu permainan kami, tetapi mengesyaki bahawa tedapat aktiviti transaksi penipuan dalam akaun anda, maka anda perlu segera menghubungi Apple (untuk peranti iOS) atau Google (untuk peranti Android), yang mengawal proses transaksi. Untuk peranti Apple (iOS): Lawati sokongan Apple, cari "Beritahu kami cara kami dapat membantu" dan pilih pautan "Dapatkan sokongan", tetingkap timbul akan muncul dan anda boleh memilih "iTunes Store" dan kemudian, buat pilihan yang paling sesuai untuk anda.Untuk peranti Google (Android): Sila hantarkan e-mel ke parents@supercell.com atau terus menghubungi kami melalui sokongan dalam permainan dengan pergi ke Tetapan > Bantuan & Sokongan yang akan membuka halaman sokongan. Dari sana, anda boleh mengetik butang “Hubungi Kami” yang berwarna biru dan menghantar mesej.Sila nyatakan nama permainan di mana pembelian dibuat dan lampirkan resit pembelian dalam mesej anda. ID transaksi (seperti ini – GPA.1234-1234-1234-12345) berada di sebelah bawah dokumen mestilah jelas kelihatan. Google akan e-mel resit transaksi kepada anda selepas setiap pembelian.Jika anda telah menghubungi Apple atau Google mengenai aktiviti penipuan yang disyaki dan mereka menujukan anda kepada kami, sila hubungi kami di transactions@supercell.com. Dalam e-mel anda, pastikan anda memasukkan maklumat tertentu yang mungkin berguna, seperti kejadian yang berlaku dan waktunya, resit ID transaksi, tangkapan skrin yang berkaitan, dll. Pastikan anda juga membaca bahagian Penipuan kami dengan teliti untuk mendapat maklumat mengenai aktiviti penipuan yang disyaki.
Brawl Stars – Saya menerima bil untuk pembelian yang saya tidak lakukan. Apakah yang perlu saya lakukan jika saya mengesyaki aktiviti penipuan?
- by game guide
Tags:Brawl Stars