Categories

Brawl Stars – Peraturan #2: Jangan Menipu!

Kami menganggap penggunaan “bot” dan “mod” sebagai menipu dan amat menggalakkan pemain untuk mengeluarkan sebarang program yang dinyatakan sebelum ini dari peranti mereka.Perisian pihak ketiga merangkumi aplikasi yang tidak diluluskan yang memanipulasi permainan. Perisian pihak ketiga menyasarkan untuk memberikan kelebihan tidak adil dengan mengubah kefungsian permainan sambil membawa risiko pada akaun dan privasi pemain.Perisian pihak ketiga termasuk:

  • Penggodaman, “mod” atau program yang secara tidak adil mengubah kefungsian permainan
  • “Bot” atau perkhidmatan automasi permainan atau skrip
  • Mana-mana program lain yang menyasarkan untuk mengubah suai atau memberikan perkembangan yang belum diperoleh

Akibat salah laku: Cuba mendapatkan kelebihan tidak adil dengan menggunakan perisian pihak ketiga yang tidak dibenarkan akan mengakibatkan pengharaman kekal bagi mana-mana akaun yang bersalah.