Categories

Brawl Stars – Jangan kongsi data log masuk anda!

PENTING: Pastikan akaun anda selamat dari kecurian!Akaun anda boleh terjejas hanya jika pengguna lain memperoleh maklumat log masuk peribadi anda, jadi terpulang kepada anda untuk menjaga data anda secara berhemah.Jika anda mengingati 4 peraturan ini, akaun anda akan terpelihara:

  • Jangan sesekali berkongsi Supercell ID/Game Center/Google Play/Facebook atau kata laluan anda dengan sesiapa – termasuk kami! Pekerja Supercell TIDAK AKAN SEKALI-SEKALI meminta butiran log masuk anda.
  • Elakkan log masuk ke akaun anda pada peranti orang lain. Dan jika anda benar-benar perlu berbuat demikian, jangan lupa untuk log keluar setelah anda selesai! 
  • Jika anda membeli mata wang dalam permainan, buat demikian melalui kedai dalam permainan sahaja. “Kedai permata” dalam talian berurus niaga dengan maklumat kad kredit dan akaun yang dicuri.
  • Jika anda menerima sebarang e-mel yang mencurigakan berkaitan permainan anda atau akaun yang berkaitan, sila laporkan pemain tersebut dan kami akan melakukan segala yang termampu untuk membantu.
  • INGAT – Jangan mempercayai laman web yang menjanjikan permata percuma. Itulah caranya mereka mencuri akaun anda.