Categories

Brawl Stars – Apakah fungsi ruang bual dalam permainan Supercell?

Ramai pemain kami suka berkomunikasi dengan satu sama lain melalui bual berkumpulan dalam pemainan. Kami bekerja keras untuk memastikan interaksi itu selamat dan dilindungi. Tiada permainan Supercell menampilkan bual peribadi dan kami kerap memaparkan amaran berkenaan pendedahan maklumat peribadi. Kami sentiasa mengemas kini senarai hitam perkataan dan frasa kesat agar ia boleh cepat ditemui dan dikeluarkan apabila perlu.Apabila anda menemui pemain yang tidak menyenangkan dalam ruang bual, anda boleh menggunakan alat pelaporan automatik dengan mengetik mesej yang tidak menyenangkan dan memilh ‘Laporkan’. Untuk melaporkan nama pemain yang tidak senonoh, pergi ke profil pemain, ketik pada ikon kecil di hujung nama mereka dan anda akan nampak butang “Lapor”.Menggunakan butang Lapor tidak akan mengharamkan pemain yang dilaporkan secara automatik. Walau bagaimana pun, setiap laporan akan disemak dengan teliti oleh moderator kami. Disebabkan jumlah laporan yang kami terima, kami mungkin akan mengambil masa sehingga 48 jam untuk menyemak laporan itu. Terima kasih atas bantuan anda!