Categories

Brawl Stars – Seorang rakan dalam permainan dalam keadaan tertekan, apa boleh saya buat?

Jika anda rasa risau akan seseorang dalam permainan kerana dia meluahkan kata-kata dalam ruang bual tentang mencederakan dirinya sendiri, ini ialah perkara-perkara yang anda patut lakukan:1) BERI SOKONGANMenunjukkan yang anda mengambil berat dan sudi menghulurkan bantuan. Bukannya mudah untuk tahu apa yang patut cakap kepada orang yang beritahu anda yang mereka mempertimbangkan untuk membunuh diri atau sedang memikirkannya tapi, tidak beritahu anda secara langsung. Menggalakkan rakan anda meluahkan apa yang sedang mereka lalui boleh jadi salah satu perkara terbaik yang anda boleh lakukan untuk mereka. 2) GALAKKAN MEREKA MENDAPATKAN BANTUANTolong menggalakkan orang berkenaan menghubungi talian bantuan. Bercakap dengan seseorang bukanlah sesuatu yang memalukan dan sesetengah perkara memerlukan bantuan pakar penjagaan kesihatan. Berikut merupakan pautan talian bantuan antarabangsa dan tempatan yang menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukannya:https://www.befrienders.org/ (dalam bahasa Inggeris)https://www.childhelplineinternational.org/child-helplines/child-helpline-network/3) LAPORKAN KEPADA KAMIAkhir sekali, pastikan anda laporkan situasi itu kepada kami. Ketik butang “TIDAK” di akhir teks ini untuk hubungi kami. Tangkap skrin teks perbualan dan maklumat berkaitan yang boleh membantu kami memberikan sokongan yang sesuai dan penjagaan yang diperlukan. Sila ambil perhatian bahawa mereka tidak tahu anda melaporkan siaran mereka. Kami akan cuba hantar sumber yang dapat membantu orang berkenaan dan dalam sesetengah kes, kami mungkin akan menghubungi perkhidmatan kecemasan jika mereka berada dalam situasi bahaya.Jika anda mengenali individu itu dalam kehidupan sebenar dan anda yakin tanda itu ialah suatu kecemasan, sila hubungi perkhidmatan kecemasan tempatan untuk bantuan serta-merta. Cuba juga untuk membantu mereka melalui kaedah komunikasi yang lain dan / atau hubungi ahli keluarga, rakan, kaunselor atau cikgu yang mungkin boleh memberikan bantuan. Menunjukkan anda mengambil berat terhadap seseorang yang sedang mempertimbangkan untuk membunuh diri boleh jadi amat sukar. Pastikan anda menjaga diri anda baik-baik ketika melalui semua ini dan bercakap dengan kawan atau pakar penjagaan kesihatan yang boleh membantu anda.