Skip to content

Brawl Stars – Macam mana menyimpan Supercell ID saya pada peranti baharu?

Jika anda telah mempunyai beberapa Supercell ID yang disambungkan kepada akaun permainan anda, maka mudah saja untuk simpankannya pada peranti baharu anda:

  • Buka Tetapan
  • Ketika pada “Dinyahsambungkan” dan lepas itu “Log masuk” untuk log masuk dengan Supercell ID anda yang pertama.
  • Kemudian, masuk ke Tetapan sekali lagi dan ketik pada ‘Disambungkan”. Kali ini, pilih “Log keluar”.
  • Sekarang, dalam skrin tajuk permainan, pilih “Log masuk dengan Supercell ID”. Pilih “Log masuk dengan ID lain”. Kemudian, masukkan Supercell ID anda yang seterusnya.

Mengulangi langkah-langkah ini sehingga anda telah menyimpan semua Supercell ID anda dalam ingatan peranti anda.Sila ambil perhatian bahawa hanya kod terkini yang dihantar kepada anda akan berfungsi.Ingat yang pada Android, menyahpasang aplikasi ini akan memadamkan semua Supercell ID. Pada iOS, penetapan semula peranti akan memadamkan maklumat log masuk. Jika ini berlaku, mengulangi sahaja langkah-langkah di atas.