Categories

Brawl Stars – Bersembunyi secara Terlindung

Musuh tidak boleh menyerang anda jika mereka tidak dapat melihat anda. Gunakan semak dan rumput panjang sebagai pelindung untuk bersembunyi/melarikan diri atau menyerang balas musuh anda! Kelebihan bersembunyi dari pandangan adalah unsur kejutan yang anda perolehi.

Namun begitu anda harus berhati-hati, jika mereka nampak anda berlari menuju tempat berlindung, mereka juga boleh mengekori anda. Pada masa yang sama, berhati-hati dengan apa yang ada di hadapan anda – mungkin ada bahaya yang menanti. Perlu diingatkan juga banyak Brawler boleh memusnahkan tempat perlindungan dengan serangan Super.