Categories

Brawl Stars – Bagaimanakah cara mencipta Regu?

Untuk mencipta Regu baharu, anda hanya perlu pergi ke tab sosial di bahagian bawah skrin anda dan sebaik sahaja anda berbuat demikian, di bahagian atas skrin terdapat Tab lain yang berlabel Cipta Regu.

Sebaik sahaja anda memilih tab ini, pilih nama Regu yang anda inginkan, pilih lencana dan beri keterangan yang anda mahu!

Anda juga boleh memilih jenis Regu yang anda mahu, (Terbuka, Jemput atau Tertutup) dan menetapkan trofi minimum yang diperlukan ahli baharu untuk menyertai Regu!

Langkah terakhir, ketik "Cipta" dan Regu anda bersedia untuk menguasai Gaduh!