Categories

Brawl Stars – Saya tidak boleh menyertai Regu lagi!

Selepas meninggalkan Regu, sistem akan mengambil sedikit masa untuk mengenal pasti bahawa anda telah keluar. Ini mungkin menyebabkan kelewatan sebelum anda boleh menyertai Regu lain. Sila ambil perhatian bahawa anda juga tidak akan dapat menyertai semula Regu selama 24 jam jika anda telah ditendang keluar daripada regu tersebut sebelum ini. Sekiranya ini berlaku, anda perlu dijemput semula atau memohon kembali untuk menyertai Regu selepas waktu bertenang selama 24 jam untuk kembali menyertai. 

Sekiranya anda cuba menyertai Regu "jemputan sahaja", ingat bahawa anda hanya boleh menghantar satu permintaan jemputan kepada Regu pada satu-satu masa. Anda tidak boleh menghantar permintaan lain jika anda masih berada dalam Regu atau jika permintaan anda sebelum ini masih kelihatan dalam tetingkap bual Regu yang dihantar, walaupun permintaan ini telah ditolak. Anda boleh menyertai Regu dengan serta-merta jika anda mendapat jemputan terus daripada ketua Regu/ Naib Ketua Regu.

Tunggu sebentar sahaja lagi – anda akan dapat menyertai Regu lain tidak lama lagi.