Kami cuba menjawab soalan biasa dengan Soalan Lazim kami, oleh itu sila luangkan masa seketika untuk membaca artikel yang membantu ini. Cara paling mudah untuk mencari adalah dengan menggunakan kata kunci atau menyemak imbas mengikut kategori.
Jika anda telah kehilangan akaun anda:
Jika akaun anda dihubungkan ke Game Center, Google Play atau Supercell ID, anda sepatutnya akan dapat memperoleh semula akaun anda dengan melog masuk ke setiap akaun dan membuka permainan itu.
Jika itu tidak berkesan, sila mulakan permainan baharu dan hantarkan mesej kepada kami terus dari dalam permainan baharu itu.
Pergi ke: Tetapan > Bantuan dan Sokongan > Akaun Hilang > Saya kehilangan akaun saya. Bagaimanakah saya boleh mendapatkannya semula? > ketik “Hubungi Kami” di sudut sebelah kanan anda.
Sila pastikan anda memasukkan maklumat berikut:
- Nama sebenar bagi akaun yang anda kehilangan akses
- Nama regu bagi akaun yang anda kehilangan akses
- Tahap XP bagi akaun yang anda kehilangan akses
- Terangkan bagaimana anda kehilangan akaun
Jika permainan anda kerap ranap atau tidak dimuatkan:
Sila lihat Soalan Lazim “Permainan Saya Ranap” untuk bantuan penyelesaian masalah.
Jika anda mempunyai cadangan untuk kami:
Kami berbesar hati untuk mendengar pendapat anda mengenai permainan ini! Adakah ada mempunyai idea macam mana kami boleh membuat peningkatan? Sertai kami di Reddit dan kongsikan bersama kami di
Brawl Stars Subreddit rasmi.
Jika tiada satu pun yang berkenaan dengan kes anda, hubungi kami menggunakan
Borang Hubungan ini.
Kami akan menghubungi anda secepat mungkin!