Kadangkala tetingkap Supercell ID mungkin kelihatan kosong hanya dengan latar belakang putih dan simbol “x” untuk menutupnya muncul.Lazimnya ini adalah sebab sambungan internet anda memperlahan atas sebab-sebab tertentu. Lihat sama ada menukar sambungan WLAN anda ke internet mudah alih (atau sebaliknya) akan membantu.Skrin kosong boleh juga muncul jika peranti anda model yang lama atau memori telah penuh.Biasanya masalah ini akan selesai sendiri selepas menunggu seketika, atau sambungan anda kembali normal atau peranti anda kembali mendapat kelajuan penuh.Untuk menyelesaikan perkara ini, anda juga boleh cuba menutup aplikasi (secara paksa) dan kembali ke permainan.
Brawl Stars – Kenapa tetingkap Supercell ID kosong?
- by game guide
Tags:Brawl Stars