Categories

Hay Day – Perluasan Ladang | Hay Day – Bahasa Melayu

Pemain boleh mengembangkan slot tanah mereka di ladang, tempat memancing dan bandar untuk memperoleh lebih banyak ruang dengan menggunakan beberapa jenis bekalan.

Ladang

Perluasan dalam ladang tersedia dari ladang tahap 22 dan ke atas. Anda mungkin nampak sesetengah kawasan di bahagian bawah ladang dengan hiasan istimewa, dan anda boleh memperluaskan kawasan itu apabila anda mencapai ladang tahap 25.

Untuk memperluaskan kawasan ladang, anda perlu menggunakan beberapa surat ikatan tanah, penukul dan penanda tanah bergantung pada saiz tanah. Selain itu, kawasan dengan hiasan istimewa memerlukan permit perluasan untuk diperluaskan.

Memancing

Membuka tempat memancing sama seperti memperluaskann ladang anda. Anda boleh memperluaskan tempat memancing apabila anda membuka kunci tasik memancing pada ladang tahap 27. Anda boleh menggunakan bekalan yang sama seperti ladang untuk meluaskan tempat memancing. Ingat bahawa jumlah bekalan yang diperlukan berbeza bergantung pada setiap lokasi.

Bandar Perluasan bandar tersedia dari reputasi tahap 3. Setiap tanah di bandar memerlukan kepingan peta dan digabungkan dengan dua jenis bekalan lain (surat ikatan tanah, penukul, penanda tanah). Ingat bahawa kepingan peta ialah bekalan unik yang hanya boleh digunakan dalam kawasan bandar anda sahaja.