Categories

Hay Day – Menghantar Laporan Pepijat | Hay Day – Bahasa Melayu

Jika permainan anda mengalami keranapan semasa bermain, ada kalanya memasang semula permainan akan membantu. Anda boleh mengetahui cara untuk memasang semula permainan dalam artikel ini. Tetapi ingat, memasang semula permainan haruslah merupakan pilihan terakhir.

Kami mungkin sudah menyedari tentang pepijat yang anda mengalami. Sila layari blog atau laman media sosial kami dan semak jika isu telah ditangani.

Jika anda masih mengalami isu pepijat ini, sila hantar laporan pepijat kepada kami.

Penerangan terperinci masalah anda seperti bagaimana dan bila ia berlaku akan banyak membantu kami untuk menyelesaikan kes anda dengan cepat. Tangkapan skrin dan video akan lebih membantu!

Kami akan menyemak kes anda dengan teliti dan cuba memikirkan penyelesaian yang terbaik.