Berek membolehkan pemain membuka kunci askar dan mengurangkan masa latihan. Menaik taraf Berek akan membuka kunci askar baharu. Menaik taraf Berek tambahan kepada tahap yang sama akan mengurangkan masa latihan askar itu. Lebih banyak Berek pada tahap itu, lebih cepat askar dilatih!
Hati-hati! Berek tidak dapat melatih askar semasa dinaik taraf. Pengurangan masa latihan daripada Berek tersebut tidak akan tersedia sehingga naik taraf lengkap. Jika semua Berek yang menyokong satu jenis askar sedang dibina, askar tersebut tidak boleh dilatih!
Pendek kata:
* Naik taraf berek akan membuka kunci askar baharu atau mengurangkan masa latihan askar
* Askar dilatih lebih perlahan (dan mungkin tidak tersedia) semasa Berek dibina
Untuk maklumat lanjut berkenaan Berek, sila lawati Blog Clash of Clans rasmi kami: Latihan Tentera Diubah Suai & Latih Pantas atau lihat video tutorial di bawah (EN sahaja)!