Wira dalam Clash of Clans, Raja Orang Gasar, Permaisuri Pemanah dan Warden Besar mempunyai keupayaan khas dari tahap 5 seterusnya, yang anda boleh aktifkan semasa menyerang.
Tumbukan Besi Raja Orang Gasar
Tumbukan Besi menyeru sehingga sepuluh Orang Gasar ( pada tahap keupayaan maksimum) dan memberikan Raja Orang Gasar kerosakan serta kelajuan bertambah. Dia juga mendapat galakan kesihatan, melainkan bar kesihatannya masih penuh.
Untuk mengaktifkan Tumbukan Besi sewaktu pertempuran, pertama sekali anda perlu menyusun atur Raja Orang Gasar anda di medan pertempuran. Kemudian, ketik sahaja sekali lagi pada Ikon Raja Orang Gasar untuk mengaktifkan keupayaan.
Jubah Diraja Permaisuri Pemanah:
Apabila menggunakan keupayaan Jubah Diraja, Permaisuri Pemanah tidak dapat dilihat dan tidak dapat disasarkan buat sementara waktu; sebarang pertahanan yang menyerangnya akan terhenti dan mencari sasaran baharu. Selain itu, sekumpulan Pemanah yang garang dimasukkan untuk mengukuhkan Permaisuri mereka setelah pengaktifan. Sama seperti Raja Orang Gasar, Permaisuri menerima galakan kesihatan jika dia sudah mengalami beberapa kerosakan.
Untuk mengaktifkan Jubah Diraja, ketik ikon Permaisuri Pemanah sekali lagi selepas menggunakannya.
Buku Besar Abadi Warden Besar
Keupayaan Warden Besar, Buku Besar Abadi membuatkan semua askar sekelilingnya kebal untuk suatu tempoh masa. Naik taraf Warden untuk meningkatkan tempoh masa keupayaan ini.
Keupayaan Warden Besar, Buku Besar Abadi membuatkan semua askar sekelilingnya kebal untuk suatu tempoh masa. Naik taraf Warden untuk meningkatkan tempoh masa keupayaan ini.