Semasa mencipta Pasukan Petugas anda sendiri, saiz lalainya sentiasa 5 ahli.
Jika mahu, anda boleh meningkatkan jumlah ahli menjadi 10, 25 atau 50 ahli. Anda boleh berbuat demikian dengan mengetik pada ikon “+” hijau kecil di skrin maklumat Pasukan Petugas.
Tetapi ingat: Anda hanya boleh meningkatkan saiz Pasukan Petugas tetapi anda tidak boleh sekali-kali mengurangkannya! Ini bermakna, jika anda memutuskan untuk meningkatkan jumlah ahli maksimum anda kepada cth. 50 anda tidak boleh mengurangkannya kembali kepada 25, 10 atau 5 ahli.
Jika anda mendapati Pasukan Petugas anda terlalu besar, kami mengesyorkan anda membuat pasukan baharu yang mungkin lebih sesuai dengan keperluan anda.
Sekiranya anda tertanya-tanya punca kami tidak membenarkan pengurangan saiz: Pasukan Petugas dengan lebih ahli boleh mengalahkan Pangkalan Kuasa yang lebih sukar dan oleh itu mendapat lebih banyak Mata Pasukan Petugas. Jika Pasukan Petugas 50 ahli ingin mengurangkan saiznya menjadi 5 ahli, ia akan tiba-tiba terpapar pada kedudukan pendahulu pada Papan Pendahulu untuk Pasukan Petugas dengan maksimum 5 ahli dan pasukan lain takkan dapat mengejarnya.