Cabar Pasukan Petugas anda dengan Pertempuran Persahabatan!
Mengetik butang “Cabar” biru di sebelah atas tetingkap bual anda akan menghantar mesej kepada rakan anda, memberitahu mereka bahawa anda bersedia untuk diserang!
Hasil cabaran ditunjukkan dalam bual selepas serangan itu. Di sini, anda juga boleh melihat main semula pertempuran itu.
Beberapa perkara untuk diperhatikan:
- Selagi mesej Cabar muncul dalam bual, pemain lain boleh menyerang pangkalan anda sekerap yang mereka mahu
- Menyerang tidak menggunakan emas
- Tiada pertukaran sumber berlaku
- Tiada kehilangan askar
- Diserang melalui cabaran tidak mengelakkan anda daripada diserang oleh pemain lain