Categories

Brawl Stars – Bagaimanakah cara untuk memasang semula permainan? (iOS)

Jika anda mengalami glic dan ralat, memasang semula permainan boleh membantu menjadikan semuanya kembali normal. Ingin mencuba? Mulakan dengan memastikan permainan anda dihubungkan ke Game Center; anda tidak akan kehilangan sebarang perkembangan selagi permainan dihubungkan. Kemudian, cuba langkah berikut: 1. Keluar dari permainan dengan meleret dari bahagian bawah skrin dan jeda sebentar di tengah-tengah skrin, dan leret permainan ke atas2. Cari Ikon permainan, ketik & tahan sehingga ia mula bergoyang 3. Ketik X di penjuru ikon dan bersetuju untuk memadamkan aplikasi 4. Log keluar daripada Facebook dan Game Center dalam tetapan peranti anda 5. Buka App Store dan muat turun permainan 6. Log masuk semula ke Facebook dan Game Center dalam tetapan peranti anda 7. Lancarkan permainan Semoga ini membantu! Jika anda masih mengalami sebarang masalah, jangan ragu-ragu untuk menghantar tiket sokongan.