Categories

Brawl Stars – Membina bilik permainan!

Bilik permainan membantu anda membuat ruangan untuk anda dan satu (Perlawanan terakhir Duo) atau dua rakan untuk bermain bersama sebagai satu pasukan.Untuk membuat bilik baharu, anda perlu memilih acara pilihan anda dan kemudian ketik kotak yang menyatakan "Buat bilik baharu".Sebaik sahaja anda berbuat demikian, beritahu rakan anda tentang ‘kod bilik’ untuk menyertai bilik anda yang terletak di bahagian atas sebelah kanan skrin! Anda juga boleh menjemput mereka secara langsung dengan memilih pilihan "Jemput" di slot Bilik Permainan yang ada bahkan mengiklankan bilik yang baru anda bina kepada ahli Regu anda!Ketik pada simbol avatar untuk melihat watak yang tersedia. Perlu diketahui bahawa dua watak yang sama tidak boleh digunakan dalam pasukan bilik permainan. Walau bagaimanapun, anda boleh dipadankan dengan pemain yang telah memilih penyerang yang sama yang belum membuat bilik permainan.