Categories

Hay Day – Tentang Desa | Hay Day – Bahasa Melayu

Apabila anda mencapai XP tahap 25, anda boleh buka kawasan desa dalam Hay Day yang akan dibuka mengikut musim!

Ketik saja pada papan desa dan memandu trak anda di sekeliling untuk menerokai kawasan ini bersama pemain-pemain lain.

Anda akan nampak kira-kira 60 pemain di desa anda dan jika anda berada di dalam sesebuah kejiranan, anda akan nampak semua jiran anda. Yang lain itu boleh jadi pemain solo atau dari kejiranan lain. Jika pemain di desa anda berhenti bermain selama 2 hari, pemain baharu akan dibawa masuk agar desa itu sentiasa meriah.

Bergerak di sekitar desa dan menyelesaikan permintaan akan memberikan anda token yang boleh digunakan untuk membeli item berharga di kedai desa. Anda mungkin akan nampak ayam / haiwan di sana sini. Tangkap atau hantar haiwan ini ke tempat perlindungan dan ini akan bantu anda membuka kedai desa eksklusif yang menjual barang lebih berharga!


Perkara berguna

Misi Harian

Kotak-kotak misteri berisi ganjaran akan dibuka selepas menyelesaikan misi harian!

Macam mana pula dengan rakan/pengikut saya?

Rakan Facebook dan pengikut anda tidak ditambah ke peta.

Tutorial Desa