Categories

Hay Day – Tema | Hay Day – Bahasa Melayu

Minggu derbi istimewa akan mempunyai tema unik yang memberikan anda peluang untuk memenangi ganjaran lebih baik dan mendapat mata tambahan. Sesetengah tugasan akan memberikan anda sehingga 400 mata!

Di sini ada beberapa contoh tema derbi yang biasa dilihat dalam permainan:

Derbi Misteri

Semua tugasan misteri akan mempunyai tanda soal di atasnya dan bernilai 400 mata. Butiran tugasan itu akan didedahkan selepas anda mengambilnya dan ia boleh merupakan sebarang jenis tugasan derbi dengan tahap kesukaran yang berbeza.

Derbi Bingo

Papan Bingo (petak 4×4) akan ditambah di sebelah papan tugasan Derbi Bingo dan setiap petak menunjukkan jenis tugasan dengan bilangan kali tugasan itu mesti diselesaikan. Selepas petak itu diselesaikan, ia akan bertukar menjadi warna biru. Baris bingo boleh dibentuk secara mendatar, menegak atau menyerong. Sila ingat bahawa kejiranan hanya boleh membuka sehingga 3 lajur ganjaran bingo walaupun lebih daripada 3 baris bingo telah diselesaikan.

Derbi Mekar

Tugasan mekar akan mempunyai sisi berwarna hijau dan bunga merah jambu di atasnya. Matanya akan meningkat sehingga 400 bergantung pada bilangan kali ia diselesaikan. Setiap tugasan mekar mempunyai pengiraan detik 3 hari dan masa bermula apabila ahli pertama mengambilnya. Ingat, pemasa tidak akan berhenti walaupun ia tidak diambil oleh ahli kejiranan.

Derbi Kuasa

Tugasan Derbi Kuasa lebih mudah berbanding Derbi Biasa dan kuota tugasan peribadi setiap pemain akan digandakan.

Derbi Relaks

Derbi Relaks adalah untuk semua orang bersantai! Tiada perlumbaan antara kejiranan, tiada kedudukan dan tiada kenaikan mahupun penurunan liga. Semua pemain boleh melengkapkan 5 tugasan sehari. Semua tugasan ini mudah dan memberikan mata yang sama. Sebaik sahaja anda menyelesaikan suatu tugasan, ia akan kembali ke papan. Tugasan diset semula setiap 24 jam pada 00:00 UTC. Anda juga berpeluang mendapat 3 ganjaran tambahan. Sila ingat bahawa tugasan di papan tidak boleh dibuang.

Derbi Arnab

Dalam Derbi Arnab, terdapat sejumlah 3 arnab yang akan muncul di trek perlumbaan kuda. Apabila seekor arnab ditangkap, kejiranan anda mendapat ganjaran tambahan. Tugasan Arnab hanya tersedia semasa masa arnab yang kerap berlaku dan hanya untuk masa singkat. Terdapat pemasa yang menunjukkan tempoh masa arnab dan masa arnab seterusnya. Hanya tugasan arnab akan membantu anda mendapat arnab, jadi jangan terlepas masanya!

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang tema derbi seterusnya, ketik butang maklumat (i) di skrin jeda derbi.

Derbi Bingo