Categories

Hay Day – Bagaimanakah cara untuk mencipta/menyertai Kejiranan? | Hay Day – Bahasa Melayu

Apabila anda mencapai tahap XP 10, anda boleh membaiki rumah di seberang jalan masuk anda dan anda akan mempunyai rumah Kejiranan! Menyertai Kejiranan akan membolehkan anda berbual, bertukar barangan dan bermain Derbi bersama peladang lain.

Cipta Kejiranan anda sendiri

Pilih nama untuk Kejiranan anda (fikir dengan teliti kerana nama tidak boleh ditukar selepas Kejiranan dicipta)Tetapkan pilihan yang anda suka. Jika anda tidak pasti akan jenis Kejiranan, rujuk butiran di bawah:

· Sesiapa boleh sertai: peladang tidak perlu sebarang kebenaran untuk menyertainya

· Permintaan sahaja: peladang perlu menghantar permintaan terlebih dahulu untuk anda terima atau tolak

· Jemput sahaja: hanya peladang yang telah anda jemput boleh menyertai kejiranan anda.

Belanjakan 500 syiling dalam langkah terakhir

Sertai Kejiranan sedia ada

Anda boleh memilih salah satu dari cara yang berikut:

Sertai Kejiranan daripada senarai Kejiranan yang dicadangkanCari dengan nama Kejiranan dan pilihan lanjutan lain.Terima jemputan yang telah dihantar kepada anda.Lawat peladang lain yang sudah berada dalam Kejiranan dan ketik rumah Kejiranan mereka untuk membuka paparan Kejiranan mereka.

Mencipta & Menyertai Kejiranan