Categories

Hay Day – Naik taraf bangunan perkhidmatan | Hay Day – Bahasa Melayu

Bangunan perkhidmatan pada mulanya datang dengan satu slot untuk seorang pelawat. Di sebelah slot itu, terdapat anak panah hijau yang menunjukkan ia boleh dinaik taraf. Setiap bangunan mempunyai empat kategori berbeza yang boleh dinaik taraf:

Slot: untuk meningkatkan jumlah pelawat yang anda boleh layan dalam bangunan pada satu-satu masaSyiling: untuk menerima syiling tambahan dari pelawatMata reputasi & pengalaman: menerima pengalaman tambahan dan mata reputasi tambahan dari pelawatMasa perkhidmatan: memendekkan masa pelawat yang perlu dilayan

Ketik pada ikon “+” di bawah setiap kategori memberikan senarai perluasan dan bahan naik taraf yang diperlukan untuk menyiapkan naik taraf itu. Bahan-bahan ini termasuk batu-bata, penukul, gerudi tangan, baldi cat, blok batu, dan baldi tar. Ingatlah bahawa anda juga memerlukan bahan normal dari ladang anda.

Perhatian

Anda tidak boleh menaik taraf semua kategori sehingga ke tahap maksimum pada satu-satu masa, kecuali jika anda mencapai reputasi tahap 38. Naik taraf baharu dibenarkan apabila tahap reputasi anda semakin meningkat.