Categories

Hay Day – Haiwan Perhiasan | Hay Day – Bahasa Melayu

Katak, musang, rama-rama, burung dan lain-lain ialah haiwan perhiasan dalam permainan. Pemain boleh berinteraksi dengan kebanyakan haiwan dengan mengetik padanya, biasanya ia akan berbunyi dan bergerak. Gagak akan mengugurkan bulunya semasa terbang.

Haiwan ini tidak mempunyai matlamat tertentu dan tidak mengancam ladang dalam apa cara sekali pun. Sesetengah perhiasan boleh meningkatkan kemungkinan memiliki lebih banyak haiwan-haiwan ini, malangnya kami tidak dapat meletakkan haiwan ini di ladang anda atau mengeluarkannya.

Sesetengah hiasan boleh meningkatkan kemungkinan untuk memiliki jenis haiwan tertentu, ketik secara berulangan pada hiasan untuk menarik haiwan yang anda inginkan:

Bunga menarik rama-ramaRumah burung menarik burungKolam menarik sebilangan katakMusang suka berada di sekitar semak

Anda boleh memeriksa keterangan perhiasan untuk maklumat lanjut.

Perhatian

Haiwan ini memerlukan ruang bebas untuk bergerak, oleh itu jika ladang anda penuh dengan benda, ia mungkin tersekat dan tidak dapat bergerak dari kedudukan mereka. Anda mungkin mahu mempertimbangkan untuk mengatur semula reka bentuk ladang untuk memberikan mereka lebih ruang.