Categories

Hay Day – Tempat Perlindungan Haiwan Liar | Hay Day – Bahasa Melayu

Tempat perlindungan haiwan liar terletak di seberang sungai kecil di kawasan bandar anda dan dibuka pada tahap reputasi 3. Untuk mengaksesnya, anda perlu membuka kawasan peluasan yang disambungkan ke tempat perlindungan itu.

Bagaimana mendapat haiwan tempat perlindungan?

Di tepi sungai, terdapat sebuah buku tempat perlindungan berwarna biru di atas sebuah meja. Baiki meja itu dan buka buku untuk mendapatkan haiwan tempat perlindungan anda yang pertama secara percuma! Untuk membuka lebih banyak haiwan, anda perlu mengumpul kepingan susun suai gambar. Setiap haiwan memerlukan 36 kepingan susun suai gambar. Anda boleh semak kemajuan dalam buku tempat perlindungan.

Terdapat sejumlah 28 haiwan, 2 dewasa dan 2 anak bagi setiap haiwan berikut:

Zirafah

Badak air

Gajah

Kuda belang

Gorila

Rusa kutub

Musang artik (hanya dewasa)

Citah (hanya dewasa)

Selepas anda mengumpul kesemua kepingan susun suai gambar untuk haiwan kedua bagi spesies yang sama, anda cuma perlu menaik taraf rumah haiwan secara percuma untuk mendapatkan haiwan itu di tempat perlindungan anda. Cara mendapatkan anak haiwan adalah sama dengan cara mendapatkan haiwan dewasa, cuma anda perlu memiliki kedua-dua haiwan dewasa yang sama jenis untuk membuka anak haiwan yang sama jenis.