Categories

Hay Day – Haiwan Peliharaan | Hay Day – Bahasa Melayu

Haiwan peliharaan ialah haiwan ladang, dibuka di tahap ladang berbeza dan boleh dibeli di kedai menggunakan baucar atau baucar anak ayam. Baucar anak ayam boleh didapati di Pas Ladang dari laluan percuma dan berbayar. Sebelum anda mendapat haiwan peliharaan pertama, pastikan anda telah menyediakan rumah haiwan tersebut!

Anda boleh memiliki sehingga 56 Haiwan Peliharaan comel di Ladang anda:

2 rumah anjing / 6 anjing2 rumah kucing / 6 kucing2 rumah anak anjing / 6 anak anjing2 rumah anak kucing / 6 anak kucing2 rumah arnab / 6 arnab2 kandang keldai / 6 keldai4 kandang kuda / 12 kuda2 rumah tikus belanda / 6 tikus belanda1 rumah burung / 2 burung merak

Memberi makan haiwan peliharaan

Untuk memberi makan haiwan peliharaan, anda hanya perlu mengisi mangkuk yang ada di sebelah rumah haiwan peliharaan dengan bakon, susu atau lobak merah bergantung pada haiwan itu. Anda boleh mengisi mangkuk pada bila-bila masa, tetapi haiwan peliharaan hanya akan makan apabila lapar!

Selepas memberi makan, anda boleh menggunakan wisel untuk mengumpul hadiah (XP dan bekalan)! Anda boleh juga guna wisel untuk memanggil semua haiwan peliharaan anda kembali ke rumah.

Menamakan haiwan peliharaan anda

Anda boleh menamakan haiwan peliharaan anda! Untuk berbuat demikian, anda hanya perlu ketik pada haiwan peliharaan dan selepas itu, klik ikon ‘pensel’. Apabila pemain lain melawat ladang anda, mereka boleh melihat nama haiwan peliharaan dengan mengetik pada haiwan itu.

Haiwan peliharaan saya melarikan diri!

Haiwan di ladang anda mempunyai kehendak sendiri, terutamanya haiwan peliharaan comel yang cuba melarikan diri dan menerokai ladang anda! Untuk memastikan haiwan peliharaan anda berada di kawasan tertutup, anda cuma perlu seret rumah haiwan peliharaan ke kawasan tersebut. Itu akan memberikan haiwan ketenangan dan menghalangnya memijak-mijak tanaman anda!