Categories

Brawl Stars – Apakah itu Supercell ID?

Supercell ID ialah perkhidmatan yang membenarkan anda melindungi akaun permainan anda dan memudahkan anda bermain dengan akaun permainan Supercell anda pada semua peranti mudah alih. Ia adalah mudah dan percuma untuk menciptanya serta tiada kata laluan diperlukan: kod pengesahan baharu akan dihantar kepada anda setiap kali anda log masuk. Tidak perlu mengingati kata laluan lagi!Mendaftar Supercell ID untuk semua akaun permainan anda ialah cara terbaik untuk bertukar di antara akaun. Anda hanya perlu menandakan kotak "Ingati saya pada peranti ini" dan anda akan dapat menukar di antara akaun dengan mudah sekali. Tiada kod pengesahan diperlukan!Anda boleh daftar diri untuk Supercell ID dalam tetapan permainan. Ketika saja pada butang di bawah “Supercell ID” untuk bermula. Untuk menggunakan Supercell ID yang sama bagi menyimpan kemajuan permainan Supercell lain, log masuk dengan alamat e-mel Supercell ID anda dalam permainan yang lain.