Categories

Hay Day – Peranan Kejiranan & Ruang Bual | Hay Day – Bahasa Melayu

Terdapat 4 peranan dalam sesebuah kejiranan:

Ketua: Ketua bertanggungjawab ke atas seluruh kejiranan. Mereka mempunyai kuasa untuk menjemput/mengeluarkan ahli, mengedit peranan ahli dan tetapan kejiranan, membuang tugasan derbi yang tidak diingini dan mengeluarkan ahli dari derbi. Ketua juga boleh meletakkan jawatan dan menaikkan pangkat pembantu ketua untuk mengambil peranan “Ketua”.

Pembantu Ketua: Mereka dilantik oleh ketua (atau pembantu ketua lain) dan merupakan yang kedua berkuasa. Mereka mempunyai hak sama seperti ketua tetapi tidak boleh menurunkan pangkat atau mengeluarkan ketua (Pembantu ketua hanya boleh menurunkan pangkat atau mengeluarkan senior dan ahli).

Senior: Mereka boleh menghantar jemputan, menerima permintaan dan membuang tugasan derbi. Mereka seperti perekat yang menyatukan seluruh kejiranan!

Ahli: Mereka tidak mempunyai sebarang peranan istimewa selain menjadi sebahagian daripada sesebuah kumpulan, bekerjasama dan menyertai perbincangan dalam ruang bual. Ahli boleh dinaikkan pangkat jika mereka ingin mengambil lebih tanggungjawab. Anda cuma perlu tanya pembantu ketua atau ketua anda.

Bagaimanakah jika ketua meninggalkan kejiranan?

Jika ketua meninggalkan kejiranan tanpa melantik ketua yang baharu, sesiapa yang memegang peranan tertinggi dan merupakan ahli paling lama dalam kejiranan akan dilantik menjadi “Ketua” secara automatik. Contohnya, ketua baharu mungkin pembantu ketua yang paling awal menyertai kejiranan atau senior paling lama jika tiada pembantu ketua.


Ruang Bual

Apabila anda berada di dalam kejiranan, anda boleh mengetik anak panah kuning kecil di sebelah kiri skrin untuk membuka tetingkap ruang bual. Dalam itu ada tiga tab:

Tab bual: Ketik pada butang bual di sebelah kanan bawah dan mula berbual!Pemberitahuan kejiranan: Ketua dan pembantu ketua boleh menghantar maksimum 5 pemberitahuan kepada semua ahli. Jika anda ingin menghantar lebih banyak lagi, mesej lama perlu dipadam dahulu.Log tugas derbi kejiranan: Ketua atau pembantu ketua boleh memilih untuk memperlihatkan maklumat ini di tetapan kejiranan.