Categories

Hay Day – Pesanan Trak | Hay Day – Bahasa Melayu

Anda boleh lihat pesanan trak di papan pesanan berhampiran rumah ladang anda! Ia dibuka di ladang tahap 4 dan anda boleh lihat sehingga 9 pesanan yang ditampalkan di sana.

Selepas anda menyelesaikan satu pesanan, ketik ikon “Trak” di sebelah kanan bawah untuk menghantar trak itu pergi dan satu pesanan baharu akan muncul. Selepas beberapa saat, trak itu akan kembali membawakan ganjaran untuk pesanan tadi itu!

Ganjaran

Anda akan diberi ganjaran syiling dan XP untuk setiap pesanan!

Anda juga boleh memperoleh baucar rawak tambahan jika pesanan itu meminta produk peleburan dan barang kemas (ditunjukkan dengan nota hijau di papan).

Dalam sesetengah acara trak, anda mungkin mendapat syiling dan XP berganda atau tiga kali ganda selepas menyelesaikan pesanan.

Tiada item pesanan yang diminta

Jika anda tiada item yang diminta dalam pesanan, usah risau! Anda boleh:

Membuang pesanan itu dan tunggu (6-30 minit bergantung pada tahap ladang anda) pesanan baharu untuk muncul.Guna butang “Minta bantuan” untuk meminta bantuan. Anda boleh minta sehingga 3 bantuan umum dan 1 bantuan kejiranan eksklusif setiap hari.Faedah ladang ‘bantuan trak tambahan’ dan ‘bantuan kejiranan tambahan’ membolehkan anda meminta bantuan tambahan daripada pemain lain atau kejiranan untuk pesanan trak anda. Faedah ini kekal sepanjang Musim Pas Ladang.