Categories

Hay Day – Gerai Tepi Jalan | Hay Day – Bahasa Melayu

Gerai tepi jalan ialah tempat anda boleh menjalankan perniagaan dengan pemain dari serata dunia!

Gerai tepi jalan dibuka pada ladang tahap 7 dan anda boleh menjual semua benda yang ada di dalam bangsal dan silo anda, serta penyimpan pembantu dengan mengetik kotak kosong yang akan menunjukkan menu pilihan item.

Anda boleh mengubah harga dan bilangan item yang anda ingin jual dan memilih sama ada untuk menunjukkannya di Daily Dirt dengan menanda semak ikon “surat khabar”!

Anda boleh mengiklankan satu kotak setiap 5 minit atau melangkau masa menunggu dengan membelanjakan 1 permata. Anda tidak boleh mengambil balik item yang telah diletakkan untuk dijual, tetapi anda boleh membuang item dengan mengetik pada ikon “tong sampah”. Ini akan memakan kos 1 permata dan membolehkan anda mengosongkan ruang di gerai tepi jalan untuk barang yang ingin dijual segera.

Kadangkala, Tom atau Greg mungkin membeli item dari gerai tepi jalan anda jika item itu telah dijual untuk jangka masa tertentu tanpa dibeli oleh pemain lain.

Membuka lebih banyak kotak

Anda boleh menjual sehingga 10 item dalam satu kotak pada satu-satu masa. Membuka lebih banyak kotak boleh membantu anda meluaskan perniagaan anda. Anda boleh melakukannya dengan:

Membelanjakan permata

Kos akan meningkat apabila anda membuka lebih banyak kotak.

Menambah rakan Facebook yang bermain Hay Day

Dengan cara ini, anda boleh membuka sehingga 13 kotak.

Had pembelian harian di gerai tepi jalan

Bagi membentuk urusan jual beli yang lebih seimbang, setiap hari akan ada had pembelian untuk bahan perluasan dan naik taraf. Anda akan menerima mesej dalam permainan apabila anda telah mencapai hadnya. Tunggu sehingga hari esok untuk beli banyak lebih bahan di gerai tepi jalan.

Perhatian! Anda boleh semak had dan pemasa set semula di profil ladang anda dengan mengetik bar XP anda dan pergi ke tab kedua.

Tukar nama gerai tepi jalan anda

Bergantung pada akaun mana ladang anda disambungkan, nama gerai tepi jalan anda boleh mengikut:

Nama Facebook andaNama panggilan Akaun Google/Game Center

Oleh itu, jika anda ingin menukarnya, tukar saja nama akaun yang disambungkan itu!