Categories

Hay Day – Greg | Hay Day – Bahasa Melayu

Greg ialah rakan pertama bagi setiap pemain di ladang tahap 1 dan juga pelawat biasa di sepanjang permainan.

Ladang Greg mempamerkan semua mesin pengeluaran, hiasan dan habitat yang terdapat dalam permainan! Penampilan ladangnya berubah apabila ciri-ciri baharu ditambah atau semasa acara bermusim.

Gerai Tepi Jalan

Selain melihat ladangnya yang cantik, anda juga boleh membeli barangan dari gerai tepi jalannya pada harga lebih murah. Greg menjual enam jenis item berbeza yang telah anda buka, jadi anda boleh membelinya jika mahu. Ia diset semula setiap 24 jam pada 00:00 UTC (08:00 MYT). Anda boleh mendapat item baharu yang ditawarkan di gerai tepi jalan Greg dengan menekan butang ‘Isi Semula Stok Item’ untuk 5 permata. Anda boleh melakukannya sehingga 3 kali sehari. Namun, sila ingat perkara ini! Hanya item yang anda tidak beli akan diisi stok semula apabila butang itu ditekan dan ini tidak akan mempengaruhi kotak item yang sudah dibeli!

Bandar Greg

Bandarnya menampilkan setiap bangunan perkhidmatan dan hiasan yang ada. Pemain boleh mengambil pelawat bandar yang sedang menunggu kereta api dengan menggunakan kereta api peribadi dari platform stesen kereta apinya.

Peranan Pembalak

Greg juga bertindak sebagai pembalak untuk menebang pokok dan semak layu di ladang anda. Ini suatu tawaran dan akan membuat kemunculan terhad dari ladang tahap 25 dan ke atas. Dia hanya akan menawarkan perkhidmatannya jika ladang anda mempunyai 20 atau lebih pokok dan belukar yang layu.