Categories

Hay Day – Pembantu Ladang: Rose & Ernest | Hay Day – Bahasa Melayu

Rumah pembantu ladang terletak di tebing bukit di atas lombong. Pemain boleh membuka watak Rose dan Ernest di ladang tahap 33. Sebaik sahaja anda buka mereka, anda akan mendapat 7 hari perkhidmatan secara percuma buat pertama kali.

Pembantu ladang boleh diupah dengan menggunakan permata:

15 permata selama 3 hari30 permata selama 7 hari55 permata selama 14 hari

Apabila perkhidmatan mereka tamat tempoh, anda akan nampak bendera kuning dengan ikon ‘%’ berkibar di sebelah rumah pembantu. Ini bermakna anda boleh mengupah mereka pada diskaun istimewa.

Pemain juga boleh menggunakan penggalak ‘Upah Rose Secara Percuma’ untuk mengupah Rose dan ‘Upah Ernest Secara Percuma’ untuk mengupah Ernest. Tempoh perkhidmatan mungkin berbeza bergantung pada bintang penggalak itu, dari 6 sehingga 72 jam.

Rose

Rose ialah penjaga haiwan, dia akan membuat makanan haiwan untuk memastikan haiwan anda diberi makan dan mengumpul hasil haiwan untuk anda. Dia akan mengumpul telur, susu, bulu biri-biri, bakon dan susu kambing bergantung pada kuantiti yang anda mahu sehingga mencapai had penyimpanan maksimum.

Dia akan sentiasa bekerja untuk menyediakan bekalan produk yang anda inginkan. Selagi anda tidak kehabisan tanaman yang Rose perlukan untuk membuat makanan haiwan, dia akan bekerja dengan gembira sehingga mencapai kuota anda.

Rose ada butang ‘Tetapan’ di sebelah kiri atas yang memberikan tiga (3) pilihan kepada anda:

Beri makan semua haiwan dan simpan makanan tambahanSimpan makanan tambahan. Tidak beri makan semua haiwan. Tiada makanan tambahan. Hanya membuat makanan apabila diperlukan

Pastikan anda membuat pilihan yang betul mengikut keperluan anda terutamanya jika anda sedang membuat tugas derbi haiwan. Tindakan Rose tidak dikira untuk tugas derbi.

Ernest

Ernest ialahi petenusu dan pengilang gula. Dia boleh menghasilkan sebarang item dari kilang gula atau kilang tenusu. Ini termasuk krim, mentega, keju, keju kambing, gula perang, gula putih dan sirap.

Sama seperti Rose, dia akan sentiasa bekerja untuk menghasilkan produk yang anda minta dan hanya berhenti selepas dia mencapai kuota anda atau kehabisan susu atau gula. Kerja Ernest tidak dikira untuk tugasan derbi.

Berbaris dan Penyimpanan

Barang yang dikumpul oleh Rose dan Ernest akan disimpan di penyimpanan mereka dan bukannya di bangsal. Kapasiti berbaris dan penyimpanan mereka meningkat mengikut tahap pemain. Ingat, makanan haiwan yang dikumpul oleh Rose tidak mengambil sebarang ruang langsung, tidak kira di bangsal atau penyimpanan pembantu. Apabila pemain menggunakan item yang disimpan oleh pembantu, stok mereka akan digunakan dahulu diikuti stok pemain.

Bonus

Apabila pembantu ladang mengumpul hasil, pengalaman diperoleh akan diberi kepada anda. Kadangkala, anda mungkin menemui alat rawak muncul di sebelah kiri rumah pembantu, berdekatan tiang bendera!

Pembantu Ladang