Categories

Hay Day – Asas Bandar | Hay Day – Bahasa Melayu

Kawasan bandar dibuka kunci pada ladang tahap 34. Membaiki platform di sebelah rumah kejiranan anda akan memakan 39 000 syiling dan masa 3 hari. Apabila ia sudah siap, anda boleh menggunakan troli untuk membawa anda ke kawasan bandar yang seronok. Dari sana, anda boleh membina dan menguruskan bandar kecil anda sendiri!

Sebaik sahaja anda membersihkan stesen kereta api, kereta api EGGspress akan datang dan menghantar pelawat menarik yang berhenti untuk masa yang berkualiti di bandar anda. Layan mereka dengan elok dan anda akan mendapat ganjaran syiling, mata pengalaman, mata reputasi, dan alat serta bekalan dalam kes tertentu.

Mata reputasi hanya diberikan dalam bandar. Bentuk hati merah melambangkan tahap kegembiraan pelawat anda. Semakin tahap reputasi anda maju, anda boleh membina sehingga 7 bangunan perkhidmatan: Kedai runcit, pawagam, gerabak makan minum, Inap Sarapan, spa, kedai hadiah, dan kafe di pantai.

Papan permintaan bandar

Oleh kerana pelawat selalu meminta produk yang dibuat di ladang anda, ia lebih mudah untuk anda tahu produk yang diperlukan tanpa pergi ulang-alik dari bandar dan ladang anda. Di sini kami ada Papan Permintaan Bandar untuk anda! Ia papan kayu di sebelah troli yang menunjukkan produk yang anda perlukan untuk setiap pelawat yang menunggu untuk dilayan.

Asas Bandar